PERMOHONAN RETENTION OF NAME / PENGEKALAN NAMA (RON) DI LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA
Assalamualaikum / Salam sejahtera.. Perhatian ! !
Ini adalah tatacara permohonan Retention of Name bagi nurses paling latest oleh Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) . Sebenarnya, tatacara ini telah dinyatakan dengan lengkap di Portal Nursing Board of Malaysia.
Tapi, disebabkan masih ramai yang belum peka dengan kewujudan portal tersebut dan ramai yang masih rujuk dengan blog-blog yang tunjukkan tatacara permohonan yang lama, jadi ini adalah inisiatif lain bagi membantu jururawat-jururawat tahu dan peka dengan tatacara permohonan yang terkini.
1. First of first, siapakah yang perlu memohon RON?
i. Nurse yang menjadi suri rumah aka tidak bekerja.
ii. Nurse bekerja lain bidang seperti admin, etc.
iii. Bakal bekerja / bekerja di luar Malaysia.
iv. Nurse yang mengambil cuti lama spt Cuti Sakit Barah
Nota kaki: Sekiranya anda kerja membantu memberikan peralatan kpd Doktor atau bekerja memberikan ubat kpd pesakit, check tekanan darah pesakit, sila mohon Sijil Perakuan Pengamalan Jururawat Tahunan (APC).
2. Berapa jumlah permohonan tahun boleh dibuat?
- Permohonan hanya untuk tahun semasa dan maksimum 3 tahun
# Pada tahun 2022, pemohon boleh memohon RON untuk tahun 2022-2024 (3 tahun).
# Permohonan bagi tahun terdahulu tidak akan diterima dan diproses.
3. Berapa jumlah yuran yang dikenakan oleh LJM?
- LJM mengenakan jumlah bayaran sebanyak RM25.00 shj bagi 1 tahun untuk Jururawat Berdaftar / RM10 shj bagi 1 tahun untuk Penolong Jururawat. Jadi, sekiranya pemohon memohon RON bagi 3 tahun maka pemohon perlu membuat bayaran sebanyak RM75.00 (Jururawat Berdaftar).
4. Berapa lama proses menunggu RON siap proses?
- Kebiasaannya mengambil masa 2 bulan hingga 2 bulan lebih bergantung kepada jumlah permohonan semasa.
- Jadi, sekiranya pemohon ingin memohon RON atas sebab ingin bekerja di luar negara, dinasihatkan untuk memohon RON 3-4 bulan sebelum 'Fly' ke negara tersebut. Ini bagi memudahkan kedua-dua pihak sekiranya borang mengalami kesilapan dalam tatacara pemohon membuat permohonan yang mungkin akan menyebabkan kelewatan proses pengeluaran RON.
- Pemohon akan dihubungi untuk hadir ke LJM mengambil RON yang telah siap diproses, sekiranya pemohon menyatakan untuk 'Self collect' di bahagian kanan atas borang.
5. Apa dokumen yang perlu untuk memohon RON?
* tekan link untuk link muatturun borang
https://nursing.moh.gov.my/wp-content/uploads/2021/07/RON-16072021.pdf
i. Borang permohonan terkini ( BKJ-BOR-DAF/APC-03 Pin 2/2020)
- Sila isi dengan lengkap dan jelas, isikan ke semua ruang maklumat yang diperlukan
- Sila catat " Self collect" di bahagian kanan atas borang sekiranya pemohon sendiri akan hadir mengambil RON apabila telah siap diproses.
Senarai semak terkini permohonan RON |
Borang permohonan terkini BKJ-BOR-DAF/APC-03 Pin 2/2020 |
ii. Salinan sijil LJM Jadual Kelima
Salinan sijil LJM Jadual Kelima |
iii. Surat pengesahan peletakan jawatan daripada majikan
- Perlu dilampirkan bersama permohonan sekiranya pemohon mempunyai APC pada tahun sebelumnya / semasa
iv. Surat persaraan
- Perlu dilampirkan bersama permohonan sekiranya pemohon merupakan persara yang pertama kali ingin memohon RON
v. Money order (Kiriman wang) daripada Pejabat Pos atau Bank Draft bank akaun simpanan anda
- Bayaran adalah perlu dibayar kepada Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia
Contoh Bank Draf daripada bank yang pemohon miliki akaun bank |
Contoh Money Order (Kiriman Wang) dibeli daripada kaunter Pejabat Pos |
vi. Surat wakil yang ditandatangan oleh pemohon
- Perlu dilampirkan sekiranya pemohon ingin mewakilkan pihak lain untuk hadir ke LJM mengambil RON yang telah siap diproses.
Surat perlantikan wakil |
# Nota penting: .
i. Dinasihatkan pemohon supaya sentiasa menyemak peti masuk emel (emel yang dinyatakan di atas borang permohonan). Ini kerana sekiranya borang permohonan mempunyai sebarang masalah, pemohon akan dimaklumkan melalui emel.
ii. Jika pemohon menghantar permohonan melalui pos, dan, ingin LJM menghantar RON yang telah siap melalui pos, pemohon perlu masukkan ke semua dokumen bersama sampul pos laju (Para vii) ke dalam sampul poslaju yang kedua, dan, dihantar ke LJM. Alamat adalah seperti berikut:
Setiausaha Lembaga Jururawat Malaysia
Aras 3, Lobi 3, Blok E7
Pusat Pentadbiran Kerajaan Parcel E
62590 Presint 1
Putrajaya
Comments